Cara Mendapat Ilmu Yang Berkat

[1] Ikhlas

Ini adalah poin terpenting. Hendaklah kita menuntut
ilmu ikhlas kerana Allah. Jika kita menuntut ilmu
untuk menggapai keuntungan duniawi, untuk menjaga nama
baik, untuk perlagakan sesama ulama', merendahkan
orang lain dan sebagainya, ia tidak akan menghasilkan
kejayaan yang hakiki di sisi Allah.

Kita mungkin berjaya di sisi ukuran kita dan
memperoleh sanjungan sebahagian manusia tetapi di sisi
Allah ia adalah sesuatu yang buruk dan bakal
memperoleh azab-Nya di Akhirat nanti.

[2] Minat.

"Minat" (Interest) adalah faktor yang dapat
menyelesaikan separuh pertama hajat seseorang. Separuh
kedua ialah berusaha untuk membenarkan hajat tersebut.

"Minat" seseorang kepada sesuatu perkara mampu membawa
dia ke tahap yang sebelum itu tidak terbayang olehnya.

Minat seseorang ke bidang komputer umpamanya mampu
menjadikan dia seorang programmer atau juru teknik
komputer tanpa dia sendiri pada asalnya memiliki
apa-apa kelulusan formal dalam bidang tersebut.

Oleh itu seseorang itu perlu "minat" dalam ilmu-ilmu
agama jika dia mahu mendalaminya. "Minat" ini boleh
diterapkan dalam diri seseorang dengan memikirkan
manfaatnya kepada diri sendiri dan masyarakat
sekeliling, ditambahi dengan ganjaran Allah di Hari
Akhirat nanti.

[3] Bersabar.

Tidak ada short cut dalam menuntut ilmu. Tidak boleh
duduk dan angan-angan diri sendiri umpama sebuah
komputer: letak sahaja cdrom dan install, program
terus berjalan.

Menuntut ilmu harus berperingkat dan bertahap-tahap.
Bagi setiap individu peringkat dan tahap berbeza-beza
kerana manusia memiliki kemampuan yang berbeza di
dalam mencerna ilmu-ilmu yang diterimanya. Ada yang
cepat, ada yang sederhana dan ada yang lambat.

Yang pentingnya manusia itu berusaha dengan kemampuan
yang dimiliki oleh. Kemampuan itu sendiri sesuatu yang
tidak tetap (not fixed), ia sentiasa dinamis selari
dengan kadar usaha seseorang itu.

Oleh itu yang penting ialah berusaha dan bersabar di
atas usaha tersebut.

Dalam sebuah hadisnya, Nabi s.a.w. bersabda,
maksudnya: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas
Muslim." Baginda tidak bersabda, umpama: "Menjadi
pandai adalah wajib ke atas Muslim."

Bererti yang dituntut oleh Islam ialah berusaha
menuntut ilmu dan bukannya menjadi pandai tanpa
berusaha terlebih dahulu.

[4] Berani menghadapi kegagalan.

Seorang bayi tidak akan dapat berjalan jika dia enggan
menerima risiko terjatuh ketika berlatih berjalan.

Seorang penunggang basikal akan cepat bangun apabila
terjatuh jika sebelum itu dia sudah biasa terjatuh,
berbanding dengan seseorang yang sebelum itu tidak
pernah jatuh.

Seorang pemain skate board akan berani membuat stunt
di papan lunsur jika sebelum itu dia telah berlatih
dan menerima hakikat bahawa jatuh itu adalah salah
satu metode latihan yang akan membawa dia ke kejayaan.

Demikian juga seorang penuntut ilmu tidak akan berjaya
jika sebelum itu dia enggan menerima risiko tersilap
atau terkeliru.

Sebahagian orang menuntut ilmu kerana ingin menjadi
mujtahid yang maksum dan menulis buku yang 100% betul
umpama al-Qur'an. Termasuk dalam kategori ini adalah
orang yang enggan menerima teguran atau pembetulan.

Orang-orang sebagaimana di atas tidak akan mencapai
kejayaan yang sebenar kerana mereka sendiri pada
asalnya takut untuk mencapai kejayaan tersebut.

[5] Mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu.

Manusia menerima dan memproses ilmu dengan pelbagai
cara. Jika seseorang itu hanya mengikat dirinya kepada
satu cara, maka dia akan terikat selama-lamanya dengan
cara itu sahaja. Apabila cara itu hilang, maka dia
tidak akan lagi dapat memperoleh apa-apa ilmu.

Contohnya ialah orang yang hanya mahu belajar secara
face to face dengan seorang guru. Apabila gurunya
tiada, dia tidak lagi dapat mempelajari apa-apa ilmu.

Selain itu, termasuk dalam "mempelbagaikan cara
berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari cara-cara
menyampaikan ilmu. Apakah gunanya ilmu yang banyak
apabila ia tidak boleh dikongsikan kepada orang ramai
yang memerlukannya ?

Sebagai contoh, banyak orang yang berilmu tetapi tidak
tahu menggunakan MS Word sehinggakan kertas kerja 10
mukasurat mengambil masa sebulan untuk siap. Itupun
dengan macam-macam kesilapan format dsbgnya. Banyak
juga yang berilmu tetapi tidak tahu untuk bercakap
(Public speaking) sehingga akhirnya tinggallah orang
yang pandai bercakap tetapi sikit ilmu yang memenuhi
jadual ceramah di masjid dan surau.

Termasuk juga dalam kategori "mempelbagaikan cara
berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari tentang
diri manusia sendiri daripada orang-orang yang kerja
mereka memang mengkaji manusia.

Orang-orang seperti ini, yang juga dikenali sebagai
"Self improvement guru" adalah mereka yang memiliki
keahlian dalam mengkaji tabiat manusia dan cara-cara
untuk memperbaikinya.

Banyak hasil kajian mereka yang dapat kita manfaatkan
seperti susunan masa yang efektif (7 Habits of
Successful people), daya ingatan (Brain power), kaedah
membaca (speed reading), pengendalian tekanan hidup
(stress management) dan lain-lain.

[6] Menjauhkan perkara yang sia-sia.

Mustahil untuk berhimpun di dalam satu jasad
perkara-perkara mungkar dan ilmu-ilmu agama kerana
kedua-duanya adalah sesuatu yang saling bertentangan.

Bukan sekadar perkara yang mungkar, yang sia-sia dan
samar-samar juga adalah sesuatu yang bertentangan.

Oleh itu hendaklah dijauhi segala yang sia-sia
(al-Laghw) atau samar-samar seperti muzik, URTV,
rokok, mendengar/melihat/mencari kesalahan orang dan
lain-lain.

Semua di atas digantikan dengan zikir, solat sunat dan
bacaan al-Qur'an. Perlu dingatkan bahawa 3 di atas
adalah sebagai pengisi masa lapang ketika berehat
daripada mengkaji ilmu-ilmu agama.

[7] Berdoa dan Tawakkal.

Mencapai kejayaan dalam Islam memiliki beberapa
langkah:

[a] Berhajat (cita-cita), [b] berusaha, [c] BERDOA,
[d] TAWAKKAL dan [e] menyemak semula.
ilmu ikhlas kerana Allah. Jika kita menuntut ilmu
untuk menggapai keuntungan duniawi, untuk menjaga nama
baik, untuk perlagakan sesama ulama', merendahkan
orang lain dan sebagainya, ia tidak akan menghasilkan
kejayaan yang hakiki di sisi Allah.

Difailkan :dalam amal dan doa


0 Response to "Cara Mendapat Ilmu Yang Berkat"

Posting Komentar

&ltFONT >CEKAP SEMANTEN,MUGI-MUGI MBETO MANFAAT.......AMIN.....